Jom kenal siapa kami
Nextstep Masterclass merupakan satu pendidikan online untuk membantu masyarakat terutamanya kepada para usahawan, peniaga, atau sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Dengan cara membantu para usahawan pelbagai peringkat menambah baik mutu persembahan dalam penampilan produk dan pemasaran.

Kami juga memiliki studio rakaman sendiri di Bandar Tropicana, Telok Panglima Garang. Di studio inilah kami membuat rakaman video, suntingan video, mengambil gambar, merekabentuk grafik, membuat animasi, membina laman web, menguruskan laman social dan menjalankan kelas secara atas talian.
3 Modul Utama Sempena Ramadhan
Modul kelas yang padat dengan tutorial dan Teknik tetapi mudah difahami. Pastinya anda akan teruja dan terasa hebat dapat mengambilkan gambar seperti professional walau hanya menggunakan smartphone. Juga dapat membuat poster dengan pantas dan mudah hanya dihujung jari serta dapat menghasilkan video dan suntingan dengan hasil seni sendiri.
Smartphone Photography

Smartphone Videography

EPoster Fingertip Design

Modul Ramadhan yang kami sediakan untuk anda
Modul 1
SMARTPHONE PHOTOGRAPHY
SMARTPHONE PHOTOGRAPHY
Modul pertama ini bukan sahaja sangat sesuai untuk para usahawan dan peniaga tetapi kepada mereka yang gemar mengambil gambar melalui smartphone. Kami pasti hampir setiap orang di luar sana memiliki smartphone dan pasti boleh mengambil gambar. Namun adakah gambar yang anda ambil itu adalah gambar yang memuaskan anda atau hanya sekadar gambar.
Bagi para peniaga atau usahawan, gambar makanan dan produk mereka perlulah kelihatan cantik, terang dan jelas daripada pelbagai sudut.
Bagi ibubapa pula mengambil gambar anak anak bermula daripada senyuman pertama merupakan satu koleksi yang amat bernilai. Namun gambar-gambar ini perlulah diambil dengan nilai seni dan tema yang menarik.
Menempuh hari hari yang bahagia dalam kehidupan biasanya terselit dengan pelbagai momen momen indah. Momen-momen ini pastinya perlu dirakamkan dengan gambar-gambar menarik. Percayalah… hanya dengan kamera smartphone yang biasa-biasa sahaja anda boleh menghasilkan gambar yang luar biasa.
Pada modul pertama ini kami akan kongsikan teknik mengambil gambar yang betul dengan menggunakan smartphone. Kemudian kami akan kongsikan juga bagaimana untuk mencantikkan lagi gambar tersebut seolah-olah anda adalah seorang juru kamera yang professional.
Modul 2
SMARTPHONE VIDEOGRAPHY
SMARTPHONE VIDEOGRAPHY
Pada masa kini video menjadi sangat trending dikalangan pengguna media sosial. Ramai yang upload video hampir setiap hari. Video video ini mestilah berupaya menarik perhatian setiap orang yang melihatnya. Bagi kelas modul yang ke-3 ini, kami terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua tentang teknik rakaman dan suntingan sepantas yang boleh.
Menggunakan applikasi yang mesra, mudah dan percuma. Semua ini boleh dilakukan hanya dengan menggunakan smartphone anda. Pastinya pengalaman belajar di kelas modul yang ke-3 ini akan memberikan kelebihan kepada anda untuk menghasilkan pelbagai jenis video seperti video travel, aktiviti harian, aktiviti keramaian, video keluarga dan pelbagai lagi.
Sangat berguna kepada semua pengguna media sosial, peniaga, usahawan, guru guru, para pelajar dan juga kepada yang ingin mengetahui teknik penghasilan video secara asas dan pantas.
Modul 3
EPOSTER FINGERTIP DESIGN
EPOSTER FINGERTIP DESIGN
Ramai yang ingin menghasilkan poster dengan hasil seni sendiri. Namun ramai juga yang tidak tahu dan tiada kemahiran tersebut. Sebenarnya ada beberapa teknik mudah dan pantas. Teknik ini adalah atas bantuan applikasi applikasi yang telah banyak tersedia ada. Cuma, apakah applikasi tersebut dan bagaimana cara menggunakannya sahaja yang perlu dipelajari. Untuk kelas fingertip design ini anda tidak perlu menggunakan laptop atau super computer, tetapi cukup dengan menggunakan smartphone yang ada ditangan anda.
Ya… Smartphone yang kita pegang dan bawa berjalan ke sana ke sini. Terdapat pelbagai jenis font atau bentuk tulisan yang telah direkabentuk pada masa kini. Lagi lanjut masa lagi banyaklah jenis-jenis tulisan yang akan dicipta. Sebagai seseorang yang ingin menghasilkan sesuatu poster, memahami jenis-jenis tulisan adalah sangat penting agar poster yang dihasilkan mudah dibaca dan difahami oleh sesiapa sahaja.
Tulisan yang kemas dan minimalis menjadi pilihan kebanyakan pereka poster. Disamping itu juga, susunan font memainkan peranan untuk untuk menyerlahkan lagi aura poster anda. Poster yang cantik tak perlu mempunyai terlalu banyak warna.
Penggunaan warna yang banyak boleh menjadikan poster kelihatan penuh dan keliru. Ketahui bagaimana poster boleh menjadi cantik dengan penggunaan warna yang minima. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu mengenai poster dan Teknik penghasilannya. Pastikan anda hadir untuk kelas ini untuk dapatkan perkongsi yang best ni….

Apakah manfaat yang akan diperolehi daripada Ramadhan Session
Jimat Wang
Anda rasa duit tak banyak nak upah orang buatkan poster dan video.
Jimat Masa
Anda yang sibuk dan tak ada banyak masa untuk hadir ke kelas-kelas latihan memakan masa berhari-hari.
Belajar Santai
Belajar dalam suasana yang santai disamping efektif hanya di hujung jari anda sahaja. Mudah, ringkas dan padat.
Berapakah harga 3 modul
Ramadhan Session terbaik ini?
Ramadhan Session terbaik ini?
Kalau ikutkan value Harga Asal
modul-modul ini adalah :
RM300
Tapi,
Kini Harga Dibuka Pada RM150 SAHAJA!
(Terhad kepada 200 unit terawal)
Kami tak kisah kalau anda tak nak ambil peluang ni sekarang.. Tapi kami minta maaf awal-awal sekiranya harga RM150 sold out.


Testimonial pelajar Zero to Master
Ratusan pelajar telah memberi kepercayaan kepada NS Masterclass Zero to Master untuk membimbing dan mengajar dalam memaksimumkan penggunaan Smartphone, Photography, Design tool, dalam era teknologi, Apa kata mereka…
Terima kasih NS Masterclass, mudah pham
senang tuk diaplikasikan.. Gud luck! gais!
Sangat2 rekomen
Puas hati dapat ilmu baru, tenaga pengajar sempoi & hensem2 tapi hensem saya lagi:). NS Masterclass memang awesome!!
Terbaik NS Masterclass, Memang berbaloi join..
Ader buat tuk next level roger ya!!..